Fadhli Shas - Google Blog Search |
- <b>Fadhli Shas</b> Dambaan Wanita Malaysia
- Resah Tanpa <b>Fadhli Shas</b>, Wan Zack Haikal : MalayaTigers – Berita <b>...</b>
- Malaysian Footballer: Mohd <b>Fadhli</b> Mohd <b>Shas</b>
| <b>Fadhli Shas</b> Dambaan Wanita Malaysia Posted: 19 Jun 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan KUALA LUMPUR, 19 JUN 2012: Menerusi akhbar Berita Harian edaran Sabtu lalu (16 Jun 2012), 11 pemain bola sepak tempatan telah disenaraikan sebagai pemain bola sepak yang paling diingini wanita. Malah, mereka juga difahamkan dipilih berdasarkan rupa yang paling kacak dan dikenali ramai. Sungguhpun artikel berkenaan tidak pula menyatakan siapa yang berada di tangga teratas, namun berdasarkan susunan nama yang disenaraikan itu, pemain Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas merupakan nama pemain yang paling utama ditulis. Jadi tidak hairanlah, Fadhli merupakan pemain bola sepak yang paling kacak sekaligus yang paling ingin didekati wanita tempatan. Bagaimanapun, Fadhli yang dihubungi murai.com.my memberitahu amat terkejut dengan keputusan berkenaan. "Saya betul-betul terkejut dengan pilihan ini. Terus-terang saya sama sekali tidak menyangka apabila diri saya diletakkan sebagai pemain bola sepak yang paling kacak dan paling ingin didekati wanita. "Itu pilihan orang. Apa yang boleh saya katakan hanya berterima kasih saja. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh dipilih. Kalau boleh saya mahu peminat bola sepak tempatan terus menyokong saya sebagai pemain bola sepak. "Saya kalahkan Apex? Rasanya ia tidak perlu dijadikan isu. Saya dan dia adalah kawan serta kami berjuang untuk menerima kemenangan di atas padang. Soal rupa paras belakang cerita," katanya. Apa sekalipun, portal murai.com.my diberitahu, pemilihan ini hanya dibuat secara rawak saja mengikut kronologi penulis itu sendiri. Berikut adalah 11 senarai pemain boleh paling ingin didekati wanita: 1. Mohd Fadhli Shas (Harimau Muda) 2. Safee Sali (Pelita Jaya) 3. Wan Zack Haikal (Harimau Muda) 4. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) 5. Nazmi Faiz Mansur (Harimau Muda) 6. Syed Adney (Sabah) 7. Yong Kuong Yong (Felda United) 8. Zaquan Adha (ATM FC) 9. Aidil Zafuan (ATM FC) 10. Khairul Helmi (Kedah) 11. Mohd Azrul Ahmad (Felda United) |
| Resah Tanpa <b>Fadhli Shas</b>, Wan Zack Haikal : MalayaTigers – Berita <b>...</b> Posted: 22 Jun 2012 11:20 PM PDT KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 Ong Kim Swee sedikit tempang menghadapi Korea Selatan pada aksi sulung Kelayakan Piala AFC di Myanmar hari ini, tanpa khidmat tonggak pertahanan Mohd. Fadhli Shas yang digantung, selain masih belum pasti dapat menggunakan Mohd. Amer Saidin. Mempunyai sedikit pilihan pemain untuk beraksi di pertahanan tengah, Kim Swee berkemungkinan besar terpaksa mempertaruhkan khidmat muka baru, Shahrul Mohd. Saad untuk digandingkan bersama Mohd. Fandi Othman. Situasi itu bukan gambaran menyenangkan buat pengendali berumur 41 tahun itu, tambahan bertemu pasukan pilihan Kumpulan G. "Memang saya berdepan masalah bahagian pertahanan kerana tidak boleh menggunakan khidmat Fadhli yang masih perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. "Amer pula sedang berusaha untuk kembali cergas kerana baru pulih daripada kecederaan. "Ketiadaan Zubir Azmi pada bek kiri juga satu kehilangan besar dan keadaan ini memaksa saya merombak besar bahagian pertahanan terutama bagi menghadapi Korea. "Shahrul akan beraksi bersama Fandi di pertahanan tengah sementara Nazirul Naim bakal mengisi tempat Zubir sepanjang kejohanan. Ashri Chu Chu juga boleh diharapkan untuk bermain di posisi bek kir jika keadaan memerlukan, " katanya. Selain Fadhli, skuad negara perlu melupakan aksi Wan Zack Haikal Wan Noor sebanyak tiga perlawanan dan Kim Swee terpaksa melakukan sedikit rombakan di bahagian tengah. "Bahagian tengah saya ada banyak pilihan untuk menggantikan tempat Wan Zack. Mungkin saya akan letakkan Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria) di bahagian kanan dan Azrif Nasrulhaq atau Syahrul Azwari Ibrahim bermain di bahagian kiri. Menyentuh taktikal yang akan digunakan bertemu Korea, Kim Swee mungkin akan sedikit bertahan namun tetap melancarkan serangan balas. Penggempur muda negara, Ahmad Hazwan Bakri mengakui sudah tidak sabar lagi membantu Malaysia dan menanam azam untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. |
| Malaysian Footballer: Mohd <b>Fadhli</b> Mohd <b>Shas</b> Posted: 31 May 2012 02:00 AM PDT Biodata Mohd Fadhli Mohd Shas adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini memainkan sebagai Defender untuk Harimau Muda A di Liga S.. Beliau juga merupakan ahli Malaysia kanan pasukan bola sepak dan Malaysia U-23 skuad. Fadhli, bersama Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal, Malaysia yang pertama untuk bermain di Liga Slovakia dengan Zlaté Moravce. Fadhli dilahirkan di Lumut, Perak tetapi keluarganya berpindah ke Johor ketika dia masih kecil. Beliau meninggalkan Johor untuk menghadiri Sekolah Sukan Bukit Jalil negara. Pada bulan November 2010, Fadhli telah dipanggil ke skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia memenangi gelaran 2010 AFF Suzuki Cup buat kali pertama dalam sejarah mereka. http://www.facebook.com/FadhliShas Kekasih Fadhli shas: http://www.facebook.com/syafika.fika |
| You are subscribed to email updates from Fadhli Shas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Fadhli Shas - Google Blog Search

0 ulasan:
Catat Ulasan