Fadhli Shas - Google Blog Search |
- Malaysia Tewas : <b>Fadhli Shas</b> Minta Maaf
- <b>Fadhli Shas</b>: <b>Fadhli Shas</b> - Google Blog Search
- <b>Fadhli Shas</b> bertunang
| Malaysia Tewas : <b>Fadhli Shas</b> Minta Maaf Posted: 13 Dec 2012 05:35 PM PST
KUALA LUMPUR, 14 Dis - "Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas. Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara. Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara. "Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain. "Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan. Ditanya kemungkinan pengadil berkenaan 'terlupa' yang dia sudah menerima kad kuning pertama pada minit ke-7 dan sepatutnya hanya memberi amaran lisan kepadanya dan Datsakorn pada insiden itu, Fadhli berkata: "Saya pun tak tahu nak kata apa. Cukup kecewa dengan keputusan pengadil." Selepas ketiadaan Fadhli, Thailand akhirnya berjaya merobek gawang Malaysia sebanyak dua kali menerusi Teerasil Dangda minit ke-60 dan Theerathon Bunmathan, empat minit kemudian. "Saya yakin jika 11 lawan 11, kita masih mampu untuk menyaingi Thailand, tapi apabila main 10 orang, memang susah. Saya minta maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan dan rakyat Malaysia," katanya. | |
| <b>Fadhli Shas</b>: <b>Fadhli Shas</b> - Google Blog Search Posted: 22 Mar 2013 09:39 AM PDT URL Sumber Asal :-
| |
| Posted: 10 Feb 2013 07:57 PM PST KOTA BHARU: Bermula dengan bergambar bersama sebagai pemain bola sepak dan peminat sekitar dua tahun lalu, akhirnya pemain pertahanan kebangsaan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, 22, selamat bertunang dengan peminatnya itu, Effa Liyana Afandi, 25 yang juga anak kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah. Majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman Afandi di Kampung Pengkalan Nangka, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini. Mohd Fadhli berkata, perkenalan antaranya dengan Effa bermula ketika Effa mahu bergambar dengannya selepas tamat sebuah perlawanan ketika mewakili pasukan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pemain berusia 22 tahun berasal dari Johor Bahru itu mengakui selepas bergambar bersama masing-masing ingin mengenali satu sama lain.
Pada majlis itu, Mohd Fadhli memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh Effa. Turut hadir, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersama isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar. Sementara itu, Effa yang ditemui berkata, Mohamad Fadhli matang dan pandai menjaga hatinya walaupun usianya lebih muda. -Info Sukan @ forblogger.net |
| You are subscribed to email updates from Fadhli Shas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Fadhli Shas - Google Blog Search
.jpg)


0 ulasan:
Catat Ulasan