Fadhli Shas - Google Blog Search |
| <b>Fadhli Shas</b> bertunang - The Forblogger.net Posted: 10 Feb 2013 07:57 PM PST KOTA BHARU: Bermula dengan bergambar bersama sebagai pemain bola sepak dan peminat sekitar dua tahun lalu, akhirnya pemain pertahanan kebangsaan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, 22, selamat bertunang dengan peminatnya itu, Effa Liyana Afandi, 25 yang juga anak kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah. Majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman Afandi di Kampung Pengkalan Nangka, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini. Mohd Fadhli berkata, perkenalan antaranya dengan Effa bermula ketika Effa mahu bergambar dengannya selepas tamat sebuah perlawanan ketika mewakili pasukan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pemain berusia 22 tahun berasal dari Johor Bahru itu mengakui selepas bergambar bersama masing-masing ingin mengenali satu sama lain.
Pada majlis itu, Mohd Fadhli memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh Effa. Turut hadir, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersama isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar. Sementara itu, Effa yang ditemui berkata, Mohamad Fadhli matang dan pandai menjaga hatinya walaupun usianya lebih muda. -Info Sukan @ forblogger.net |
| You are subscribed to email updates from Fadhli Shas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Fadhli Shas - Google Blog Search

0 ulasan:
Catat Ulasan