Fadhli Shas - Google Blog Search |
| SYAHRUL AZWARI DAN <b>FADHLI SHAS</b> AKAN MEMBANTU <b>...</b> Posted: 25 Nov 2011 11:34 PM PST SYAHRUL DAN FADHLI AKAN KEMBALI KE PADANG MEMBANTU PASUKAN HARIMAU MUDA MENENTANG BAHRAIN UNTUK MENGUTIP TIGA MATA PENUH DI STADIUM BUKIT JALIL ESOK Ong Kim Swee perlu mengkaji tahap persembahan benteng pasukannya selepas dibolosi satu gol oleh Kemboja. Penjaga gol Kemboja, Sou Yaty menghalang cubaan Fadhli Shas yang naik membantu ketika situasi bola mati. KUALA LUMPUR, 26 November 2011 – Dua pemain yang terlepas aksi bertemu Syria tempoh hari, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fadhli Shas mahu membuktikan kepulangan mereka ke pangkuan skuad bimbingan Ong Kim Swee memberi makna besar. Penyerang negara, Syahrul Azwari berharap dapat diturunkan bagi pertemuan Bahrain bagi menebus kekecewaan terutamanya tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Sukan SEA yang lalu. Dia yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki tekad untuk membantu skuad negara meraih mata dalam kempen Kelayakan Olimpik 2012. "Saya dan semua pemain termasuk jurulatih begitu bersemangat. Ia sebagai motivasi kepada saya untuk kembali beraksi dengan harapan dapat memberikan yang terbaik." ujar penyerang berusia 19 tahun itu. Fadlhi Shas yang diserang demam panas sebelum perlawanan Syria yang lalu beranggapan Harimau Muda masih mempersembahkan aksi cemerlang sekalipun mengalami kekalahan. "Di Sukan SEA kami dapat mengekalkan rekod tanpa kalah. "Kami beraksi konsisten dan semua pemain memberi fokus 100 peratus. Justeru ia motivasi buatkami untuk berjuang habis-habisan," katanya yang dijangka kembali berpasangan dengan Muslim Ahmad. |
| You are subscribed to email updates from Fadhli Shas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan