Jumaat, 20 Julai 2012

Fadhli Shas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


<b>Fadhli Shas</b> Dipilih Sebagai Pemain Bola Dambaan Wanita <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 09:24 PM PDT

pemain bola dambaan malaysiaMenerusi akhbar Berita Harian edaran Sabtu lalu (16 Jun 2012), 11 pemain bola sepak tempatan telah disenaraikan sebagai pemain bola sepak yang paling diingini wanita.

Malah, mereka juga difahamkan dipilih berdasarkan rupa yang paling kacak dan dikenali ramai.

Sungguhpun artikel berkenaan tidak pula menyatakan siapa yang berada di tangga teratas, namun berdasarkan susunan nama yang disenaraikan itu, pemain Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas merupakan nama pemain yang paling utama ditulis.

Jadi tidak hairanlah, Fadhli merupakan pemain bola sepak yang paling kacak sekaligus yang paling ingin didekati wanita tempatan.

Bagaimanapun, mengikut temubual laman portal Murai, Fadhli memberitahu amat terkejut dengan keputusan berkenaan.

"Saya betul-betul terkejut dengan pilihan ini. Terus-terang saya sama sekali tidak menyangka apabila diri saya diletakkan sebagai pemain bola sepak yang paling kacak dan paling ingin didekati wanita.

"Itu pilihan orang. Apa yang boleh saya katakan hanya berterima kasih saja. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh dipilih. Kalau boleh saya mahu peminat bola sepak tempatan terus menyokong saya sebagai pemain bola sepak.

"Saya kalahkan Apex? Rasanya ia tidak perlu dijadikan isu. Saya dan dia adalah kawan serta kami berjuang untuk menerima kemenangan di atas padang. Soal rupa paras belakang cerita," katanya.

Apa sekalipun, pemilihan ini hanya dibuat secara rawak saja mengikut kronologi penulis itu sendiri.

Berikut adalah 11 senarai pemain boleh paling ingin didekati wanita:

1. Mohd Fadhli Shas (Harimau Muda)

2. Safee Sali (Pelita Jaya)

3. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

4. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

5. Nazmi Faiz Mansur (Harimau Muda)

6. Syed Adney (Sabah)

7. Yong Kuong Yong (Felda United)

8. Zaquan Adha (ATM FC)

9. Aidil Zafuan (ATM FC)

10. Khairul Helmi (Kedah)

11. Mohd Azrul Ahmad (Felda United)

Dan kami juga ingin membuat kaji selidik, dikalangan 11 pemain bola di atas, siapakah pilihan anda. Jom Vote!

Siapakah Pemain Bola Paling Kacak?

  • Mohd Fadhli Shas (33%, 4 Votes)
  • Khairul Fahmi Che Mat (17%, 2 Votes)
  • Aidil Zafuan (8%, 1 Votes)
  • Zaquan Adha (8%, 1 Votes)
  • Syed Adney (8%, 1 Votes)
  • Nazmi Faiz Mansur (8%, 1 Votes)
  • Wan Zack Haikal (8%, 1 Votes)
  • Safee Sali (8%, 1 Votes)
  • Yong Kuong Yong (0%, 0 Votes)
  • Khairul Helmi (0%, 0 Votes)
  • Mohd Azrul Ahmad (2%, 0 Votes)

Total Voters: 12

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Fadhli Shas

Copyright 2010 All Rights Reserved