Jumaat, 1 Februari 2013

Fadhli Shas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


Malaysia Tewas : <b>Fadhli Shas</b> Minta Maaf

Posted: 13 Dec 2012 05:35 PM PST

alt

KUALA LUMPUR, 14 Dis - "Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara.

Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara.

"Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain.

"Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan.

Ditanya kemungkinan pengadil berkenaan 'terlupa' yang dia sudah menerima kad kuning pertama pada minit ke-7 dan sepatutnya hanya memberi amaran lisan kepadanya dan Datsakorn pada insiden itu, Fadhli berkata: "Saya pun tak tahu nak kata apa. Cukup kecewa dengan keputusan pengadil."

Selepas ketiadaan Fadhli, Thailand akhirnya berjaya merobek gawang Malaysia sebanyak dua kali menerusi Teerasil Dangda minit ke-60 dan Theerathon Bunmathan, empat minit kemudian.

"Saya yakin jika 11 lawan 11, kita masih mampu untuk menyaingi Thailand, tapi apabila main 10 orang, memang susah. Saya minta maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan dan rakyat Malaysia," katanya.

Maafkan Saya - <b>Fadhli Shas</b> | SukanMalaya.MY

Posted: 13 Dec 2012 07:33 PM PST

Safiq Rahim Malaysia

Safiq Rahim diasak pemain Thailand

Skuad Harimau Malaya berputih mata akibat pengadil dari Korea yang tidak berlaku adil dan berat sebelah kepada pasukan Thailand. Pengadil dari Korea Lee Min Hu melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Shas yang membakar api kemarahan penyokong Harimau Malaya.

Demikian kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang kecewa kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain di sepanjang separuh masa kedua.

"Keputusan pengadil memang bukan satu keputusan yang tepat.

Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas kebingungan kerana menjadi mangsa kepada keputusan berat sebelah pengadil.

"Saya tidak tahu punca pengadil melayangkan kad kuning kedua kerana saya sebenarnya hanya bercakap dengan Datsukorn selepas dia menyiku saya.

"Memang amat terkejut dan sepatutnya pengadil mengambil tahu apa sebenarnya berlaku tetapi apa boleh buat dia telah membuat keputusan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat berjuang sehingga tamat permainan dan saya sendiri tidak tahu apa masalah sebenar pengadil bertindak sedemikian," katanya. -

Incoming search terms:

gambar fadhli shas (21),gambar farizal marlias (12),thailand team kawin aff 2012 (5),mohd fadhli shas (4),pes 2013 malaysia safiq (4),senarai pemain harimau malaya (4),fadhli shas twitter (3),maafkan saya (3),fadhli shas dibuang padang (3),wan zack haikal ustaz azhar idrus (3)

3minit: Senasib <b>Fadhli Shas</b>

Posted: 17 Dec 2012 08:07 PM PST


Teringat kad merah Fadhli Shas yang sah2 tak wajar tapi ni lagi teruk. Aleksandrs Cauna dari kelab CSKA Moscow menentang kelab Anzhi Makhach dalam liga Russia di berikan kad merah apabila dikatakan mengasari pemain lawan walhal sentuh pun tak. Perlawanan berkesudahan CSKA Moscow kalah 0-2 kepada Anzhi Makhach.

Ironiknya benda ni jadi pada 2 Disember 2012...kira2 seminggu sebelum kita melawan Thailand. Adakah pengadil kini semakin buta undang2 ataupun ada konspirasi 'terpimpin'? (ada2 je..hihihi). Apa2 pun better luck next time...go Harimau Malaya

Link firstpost.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Fadhli Shas

Copyright 2010 All Rights Reserved