Selasa, 26 Mac 2013

Fadhli Shas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


<b>Fadhli Shas</b> bertunang

Posted: 10 Feb 2013 07:57 PM PST

KOTA BHARU: Bermula dengan bergambar bersama sebagai pemain bola sepak dan peminat sekitar dua tahun lalu, akhirnya pemain pertahanan kebangsaan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, 22, selamat bertunang dengan peminatnya itu, Effa Liyana Afandi, 25 yang juga anak kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah.

Majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman Afandi di Kampung Pengkalan Nangka, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini.

Mohd Fadhli berkata, perkenalan antaranya dengan Effa bermula ketika Effa mahu bergambar dengannya selepas tamat sebuah perlawanan ketika mewakili pasukan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pemain berusia 22 tahun berasal dari Johor Bahru itu mengakui selepas bergambar bersama masing-masing ingin mengenali satu sama lain.

"Kami memutuskan untuk bertunang selepas mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat  dan kemungkinan ikatan pertunagan ini adalah untuk setahun sebelum berumah tangga. Itu pun bergantung kepada jadual karier saya.
"Effa memahami kerjaya saya sebagai pemain bola sepak dan ia adalah perkara penting untuk kami terus serasi," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Pada majlis itu, Mohd Fadhli memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh Effa. Turut hadir, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersama isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar.

Sementara itu, Effa yang ditemui berkata, Mohamad Fadhli matang dan pandai menjaga hatinya walaupun usianya lebih muda. -Info Sukan @ forblogger.net

<b>Fadhli Shas</b>: <b>Fadhli Shas</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 09:39 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Video Kad Merah <b>Fadhli Shas</b> (Red Card) Thailand vs Malaysia <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 07:23 AM PST

Thailand vs Malaysia Piala AFF Suzuki Cup 2012, 13 Disember
Thailand 2-0 Malaysia 13.12.2012

Fadhli Shah dilayang kad merah m-44

Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam separuh akhir kedua Piala AFF dengan Thailand apabila Fadhli Shas menerima kad merah selepas dilayang kad kuning kedua pada minit ke-44 sekaligus diperintahkan keluar padang oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu.

Video Thailand vs Malaysia [2-0] Insiden Kad Merah Fadhli Shas

Video Fadhli Shas Red Card | Piala AFF 2012 Separuh Akhir

Related posts

coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia, Piala AFF Suzuki, Video

Sub topics: , , , , , , , , , , , , , , ,


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Fadhli Shas

Copyright 2010 All Rights Reserved