Fadhli Shas - Google Blog Search |
| Berita Harian | Benteng Harimau 'tempang' Posted: 06 Nov 2012 02:33 PM PST Kuala Lumpur: Krisis benteng pertahanan melanda skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal apabila dua pemain tonggak, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Fadhli Shas cedera menjelang perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok malam ini. Kecederaan dua pemain itu termasuk pemain tengah, Amar Rohidan dilihat menjejaskan persiapan skuad negara yang mempunyai misi besar mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang bermula 25 November ini. "Memang ramai yang mengkritik tindakan kami melakukan eksperimen dan menguji pemain sebelum ini, tetapi apabila berlaku kecederaan seperti ini, kita memang perlu mempunyai pemain yang cukup untuk menjadi pengganti. "Sepanjang persediaan tahun ini, kami cuba memastikan setiap bahagian mempunyai beberapa pemain yang mampu beraksi sekiranya berlaku kecederaan. "Ia perkara yang tidak dapat dielakkan apabila bersaing di peringkat kompetitif begini," kata pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal. Subahan berkata, keputusan positif menentang Thailand malam ini bakal meningkatkan moral kem negara selepas tewas 1-0 di tangan Vietnam Sabtu lalu, dan akan menjadi penanda aras kepada tahap sebenar skuad kebangsaan. "Saya yakin kita akan mara ke separuh akhir dan Thailand antara calon pasukan yang bakal ditemui pada peringkat itu, selain Vietnam. "Jadi dua perlawanan bulan ini penting untuk menilai kemampuan sebenar skuad kebangsaan. "Pada perlawanan Sabtu lalu, terdapat beberapa kekurangan dalam skuad negara yang menjadi faktor kepada kekalahan tipis 1-0. Antaranya beberapa pemain masih keletihan akibat saingan final Piala Malaysia. "Secara fizikal juga, kita masih lemah berbanding Vietnam yang bermain agak agresif. Pertemuan dengan Thailand esok (hari ini) juga bakal menuntut kekuatan mental dan fizikal tinggi pemain sekiranya mahu menang. "Namun apa pun keputusannya, dua perlawanan ini cukup baik buat skuad kebangsaan sebagai persediaan menghadapi peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki nanti," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Fadhli Shas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan