Yeah, harap-harapnya dengan 2 pemain ini dapat memantapkan lagi dibahagian tengah dan pertahanan. Aku pun baru dengar cerita pagi tadi.
Ketua Pasukan Harimau Muda A , Mohd Irfan Fazail yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bersama JDT, akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan pemain pertahanan Kebangsaan iaitu Fadli Shas, kini beliau dapat bergandingan dengan satu lagi pertahanan No.1 Negara iaitu Aidil Zafuan. Satu gandingan yang cukup baik.
Tunku Ismail berkenan menyampaikan jersi kepada Mohd Fadhli Shas dan Mohd Irfan Fazail di Majlis Menandatangani kontrak bersama JDT . Semoga anak jati johor ini mampu membantu skuad kita menerajui JDT.
Berapa tahun dalam kontrak??
Katanya dalam dua tahun kalau tak silap akulah.
Video pengumuman pemain JDT yang baru, ifran fazail dan Fadhli Shas:
Masih belum dapat tahu, kena tengok tahun depan macam mana?? Harap dapatlah satu piala pun dah cukup baik. Bukan mudah untuk membentuk satu pasukan yang hebat, keserasian sangat penting. Banyak elemen dan faktor lain yang menjadikan pasukan dalam bola itu mantap. Harus belajar dari pasukan yang lain, seperti kelantan. Contohnya.
Bagaimana pasukan lain??
Memang ada desus yang lain dari pasukan-pasukan negeri masing-masing yang nak beli player import yang power. Beli pemain dari negeri sana-sini. Ada yang balik ke negeri asal, ada yang berhijrah. Lebih kurang macam BPL katanya. Harapannya memantapkan pasukan dan mengembalikan keyakinan penyokong untuk bersama-sama bercerita tentang bola-bola. haha.
Daripada sumber boleh percaya ( FB JOHOR FAN CLUB) , esok akan berlangsungnya Majlis menandatangani kontrak bagi dua orang pemain Harimau Muda A bersama pasukan negeri kelahiran mereka iaitu Johor Darul Takzim.
Ketua Pasukan Harimau Muda A , Mohd Irfan Fazail yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bersama JDT, akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan pertahaanan Kebangsaan iaitu Fadli Shas, kini beliau dapat bergandingan dengan satu lagi pertahanan No.1 Negara iaitu Aidil Zafuan.
Semoga kedatangan 2 orang jadi anak Johor ni bakal membantu JDT untuk menjadi pasukan yang tidak lagi di lekeh pada musim hadapan.. Welcome Home Boys! Luaskan Kuasamu Johor..
Fadhli Shah (kiri) dan Irfan Fazail bakal wakili Johor DT musim depan.
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengikat dua pemain Harimau Muda dalam memantapkan barisan pemainnya dalam misi memburu kemenangan untuk persaingan Liga Malaysia tahun hadapan, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.
Dua pemain tersebut, Mohd Irfan Fazail dan Muhd Fadhli Shas, masing-masing berusia 22 tahun mengikat kontrak selama dua tahun untuk bersama Johor Darul Takzim (DT) dengan tawaran pilihan dua tahun lagi.
Sesi perkenalan dua pemain tersebut dilakukan Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga turut mengesahkan mengekalkan sembilan pemain sedia ada untuk terus menyarung jersi Harimau Selatan itu.
Beliau turut memaklumkan penyertaan tonggak Lions XII, Hariss Harun termasuk dalam proses perbincangan mengenai kedudukan Safee Sali dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.
"Saya gembira dan berbangga kerana kedua-dua pemain (Mohd Irfan dan Muhd Fadhli) kembali menabur bakti kepada negeri ini, sekali gus berharap mereka dapat menggunakan segala pengalaman untuk memantapkan lagi pasukan.
Sesi memperkenalkan pemain baru berlangsung semalam.
"Ia merupakan satu cabaran untuk menguji dan menaikkan prestasi untuk diri sendiri. Saya juga merasakan pilihan yang dibuat ini adalah tepat dan hakikatnya tidak sabar untuk menunggu Liga Malaysia musim depan bermula," katanya di majlis memperkenalkan dua pemain muda secara rasmi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam.
Menurut Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, beliau berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor.
"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya.
Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan Johor DT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini.
Antara pemain yang dikekalkan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Muhammad Akram Mahinan, Hadin Azman, Jasazrin Jamaluddin termasuk penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.
Katanya, PBNJ juga dalam perbincangan mengenai status dua pemain Lions XII iaitu Shahril Ishak dan Baihakki Khaizan untuk pasukan Johor yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Dalam perkembangan lain, pasukan Harimau Selatan mengumumkan Nike sebagai pembekal kit untuk kedua-dua pasukan bermula musim depan selama dua tahun bermula dari 2014.-sh
JOHOR BAHRU – Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu.
Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di dalam satu majlis di Stadium Larkin hari ini.
"Kedua-dua mereka adalah anak Johor dan saya amat berbangga serta teruja kerana mereka mahu kembali ke Johor dan menabur bakti untuk masa depan bola sepak Johor," katanya kepada pemberita di sini.
Walaupun kontrak kedua-dua pemain Harimau Muda itu adalah untuk dua tahun, tetapi Mohd Fadhli dan Irfan mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama JDT, menurutnya.
Tunku Ismail berkata tonggak Harimau Muda itu akan menyertai skuad JDT bimbingan jurulatih Cesar Ferrando Jimenez selepas tugasan mereka bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selesai selepas Sukan SEA Disember ini.
Pasukan JDT akan mula berkumpul bagi persiapan musim depan pertengahan bulan ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab luar negara termasuk daripada Jepun dan China serta kemungkinan Boca Juniors daripada Argentina, katanya.
Mengenai nasib seorang lagi tonggak Harimau Muda kelahiran Johor, Mohd Fandi Othman, beliau berkata rundingan masih dijalankan dengan pemain itu berkemungkinan menyertai JDT penghujung tahun depan.
Sementara itu, Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, pula berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor.
"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya.
Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan JDT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini.
"Keputusan untuk menyertai JDT musim depan adalah pilihan yang amat tepat. Ia adalah peluang untuk menaikkan nama Johor," katanya yang akan bergandingan dengan beberapa pemain ternama negara dan luar musim depan.
Di antara nama-nama besar yang akan menyarung jersi merah biru JDT musim depan termasuk bekas penyerang kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan bekas penyerang kelab Athletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez.
Selain Mohd Fadhli dan Irfan, PBNJ menurut Tunku Mahkota Johor juga sedang berunding untuk membawa masuk kapten juara Liga Super musim ini, Lions X11, Shahril Ishak untuk bermain dengan pasukan Liga Perdana Johor musim depan.
"Rundingan sedang dijalankan dan keputusan kita jangkakan pada minggu depan. Bagaimanapun, Shahril telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk bermain dengan Johor," katanya.
Selain Shahril, tonggak pertahanan Lions X11 Baihakki Khaizan juga akan menyarung jersi pasukan Johor musim depan manakala Hariss Harun pula akan menyarung jersi JDT.
Mengenai masa depan Safee Sali dengan JDT musim depan, beliau berkata perkara itu masih dalam rundingan tetapi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim akan kekal dengan JDT musim depan.- BERNAMA
JOHOR BAHRU - Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu.
Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak...