Selasa, 31 Disember 2013

Fadhli Shas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


(GAMBAR) Majlis Pertunangan <b>Fadhli Shas</b> & Effa Liyana | Blog <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2013 12:30 AM PST

Pemain pertahanan Harimau Malaya dan Harimau Muda A, Fadhli Shas telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Effa Liyana yang merupakan puteri sulung kepada pengurus Harimau Muda, Datuk Affandi Hamzah, pagi tadi.

Fadhli, 22, dan tunangnya dilihat mengenakan persalinan berwarna merah jambu pada majlis tersebut dan kedua-duanya kelihatan secocok apabila digandingkan bersama.

Tahniah diucapkan daripada kami dan semoga karier Fadhli semakin bertambah maju pada masa akan datang.

Majulah sukan untuk negara.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

Sabtu, 28 Disember 2013

Fadhli Shas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


Kesultanan Johor: <b>Fadhli Shas</b>, Irfan Fazail milik JDT

Posted: 27 Oct 2013 01:48 AM PDT

JOHOR BAHRU: Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu.
Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di dalam satu majlis di Stadium Larkin hari ini. 
"Kedua-dua mereka adalah anak Johor dan saya amat berbangga serta teruja kerana mereka mahu kembali ke Johor dan menabur bakti untuk masa depan bola sepak Johor," katanya kepada pemberita di sini. 
Walaupun kontrak kedua-dua pemain Harimau Muda itu adalah untuk dua tahun tetapi Mohd Fadhli dan Irfan mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama JDT, menurutnya.
Tunku Ismail berkata tonggak Harimau Muda itu akan menyertai skuad JDT bimbingan jurulatih Cesar Ferrando Jimenez selepas tugasan mereka bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selesai selepas Sukan SEA Disember ini.
Pasukan JDT akan mula berkumpul bagi persiapan musim depan pertengahan bulan ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab luar negara termasuk daripada Jepun dan China serta kemungkinan Boca Juniors daripada Argentina, katanya. 
Mengenai nasib seorang lagi tonggak Harimau Muda kelahiran Johor, Mohd Fandi Othman, baginda berkata rundingan masih dijalankan dengan pemain itu berkemungkinan menyertai JDT penghujung tahun depan. 
Sementara itu, Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, pula berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor. 
"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya. 
Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan JDT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini. 
"Keputusan untuk menyertai JDT musim depan adalah pilihan yang amat tepat. Ia adalah peluang untuk menaikkan nama Johor," katanya yang akan bergandingan dengan beberapa pemain ternama negara dan luar musim depan. 
Di antara nama-nama besar yang akan menyarung jersi merah biru JDT musim depan termasuk bekas penyerang kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan bekas penyerang kelab Athletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez. 
Selain Mohd Fadhli dan Irfan, PBNJ menurut Tunku Mahkota Johor juga sedang berunding untuk membawa masuk kapten juara Liga Super musim ini, Lions X11, Shahril Ishak untuk bermain dengan pasukan Liga Perdana Johor musim depan. 
"Rundingan sedang dijalankan dan keputusan kita jangkakan pada minggu depan. Bagaimanapun, Shahril telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk bermain dengan Johor," katanya. 
Selain Shahril, tonggak pertahanan Lions X11 Baihakki Khaizan juga akan menyarung jersi pasukan Johor musim depan manakala Hariss Harun pula akan menyarung jersi JDT. 
Mengenai masa depan Safee Sali dengan JDT musim depan, baginda berkata perkara itu masih dalam rundingan tetapi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim akan kekal dengan JDT musim depan. - Bernama

Selasa, 24 Disember 2013

Fadhli Shas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

Fadhli Shas - Google Blog Search


Irfan Fazail , <b>Fadhli Shas</b> sah milik Johor DT | Terengganu Today

Posted: 27 Oct 2013 07:04 PM PDT

Fadhli Shah (kiri) dan Irfan Fazail bakal wakili Johor DT musim depan.

Fadhli Shah (kiri) dan Irfan Fazail bakal wakili Johor DT musim depan.

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengikat dua pemain Harimau Muda dalam memantapkan barisan pemainnya dalam misi memburu kemenangan untuk persaingan Liga Malaysia tahun hadapan, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.

Dua pemain tersebut, Mohd Irfan Fazail dan Muhd Fadhli Shas, masing-masing berusia 22 tahun mengikat kontrak selama dua tahun untuk bersama Johor Darul Takzim (DT) dengan tawaran pilihan dua tahun lagi.

Sesi perkenalan dua pemain tersebut dilakukan Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga turut mengesahkan mengekalkan sembilan pemain sedia ada untuk terus menyarung jersi Harimau Selatan itu.

Beliau turut memaklumkan penyertaan tonggak Lions XII, Hariss Harun termasuk dalam proses perbincangan mengenai kedudukan Safee Sali dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

"Saya gembira dan berbangga kerana kedua-dua pemain (Mohd Irfan dan Muhd Fadhli) kembali menabur bakti kepada negeri ini, sekali gus berharap mereka dapat menggunakan segala pengalaman untuk memantapkan lagi pasukan.

Sesi memperkenalkan pemain baru berlangsung semalam.

Sesi memperkenalkan pemain baru berlangsung semalam.

"Ia merupakan satu cabaran untuk menguji dan menaikkan prestasi untuk diri sendiri. Saya juga merasakan pilihan yang dibuat ini adalah tepat dan hakikatnya tidak sabar untuk menunggu Liga Malaysia musim depan bermula," katanya di majlis memperkenalkan dua pemain muda secara rasmi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam.

Menurut Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, beliau berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor.

"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya.

Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan Johor DT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini.

Antara pemain yang dikekalkan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Muhammad Akram Mahinan, Hadin Azman, Jasazrin Jamaluddin termasuk penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.

Katanya, PBNJ juga dalam perbincangan mengenai status dua pemain Lions XII iaitu Shahril Ishak dan Baihakki Khaizan untuk pasukan Johor yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Dalam perkembangan lain, pasukan Harimau Selatan mengumumkan Nike sebagai pembekal kit untuk kedua-dua pasukan bermula musim depan selama dua tahun bermula dari 2014.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
 

Fadhli Shas

Copyright 2010 All Rights Reserved